DEFINISI HIBAH
Suatu akad yang
mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya
kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
DALIL PENSYARIATAN
HIBAH
Al-Quran
Firman Allah SWT:
فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ
نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
Yang
bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)
Al-Hadis
Hadis daripada Abu
Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُّوا
Yang
bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu
akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)
RUKUN HIBAH
·
Pemberi hibah;
·
Penerima hibah;
·
Barang yang dihibah; dan
·
Sighah (lafaz akad hibah)
SYARAT PEMBERI
HIBAH
·
Pemilik kepada barangan;
·
Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
·
Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.
SYARAT PENERIMA
HIBAH
·
Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti
kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang
amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
·
Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
·
Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).
SYARAT BARANG YANG
DIHIBAH
·
Wujud ketika hibah dibuat;
·
Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
·
Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.
SYARAT AKAD HIBAH
·
Ijab dan qabul; dan
·
Tidak bertempoh.
KADAR HARTA YANG
BOLEH DIHIBAH
Hukum Syarak
memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa
terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik
harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun,
Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak
sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
اتَّقوا اللهَ،
واعدِلوا بين أولادِكم
Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama
anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)
ELEMEN QABD DALAM
HIBAH
Qabd adalah tindakan
penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang
dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu
berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.
HIBAH SEMASA MARAD
AL-MAUT
Pemberi hibah yang
melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu
keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada
kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan
tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum
wasiat adalah terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang
dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan
daripada waris yang lain.
PEMBATALAN HIBAH
Hukum asal hibah
adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu,
pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis daripada
Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali
hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat
al-Bukhari)
Namun, para fuqaha’
memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada
seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan
kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه
Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian
menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada
anaknya.” (Riwayat Abu Daud)
Penyediaan Dokumen
Perisytiharan Hibah
Penyediaan dokumen
hibah perisytiharan hibah adalah satu kaedah yang membolehkan harta seseorang
diisytiharkan untuk diagihkan kepada insan yang tersayang pada masa hidupnya
terlebih dahulu.
Jenis-Jenis Hibah
·
Hibah Mutlak;
·
Hibah Amanah; dan
·
Hibah Bersyarat
Klausa Utama dalam
Hibah
·
Pengakuan waras fikiran dan kerelaan pemberi hibah;
·
Perisytiharan harta yang ingin dihibahkan;
·
Pernyataan pemberian harta yang dihibahkan;
·
Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah;
·
Tandatangan pemberi hibah dan saksi-saksi; dan
·
Tandatangan perakuan persetujuan penerima hibah dan saksi-saksi.
Kredit : Majlis Agama Islam Selangor
#hibah #takaful #jualbeli #hafizrazali86 #takafulshahalam #takafulincomeprotection #malaysia
Majlis Agama Islam Selangor
No comments:
Post a Comment